

All Videos
Latest News - PPG Fly In
Kenyataan Akhbar
10hb Julai 2019
Paramotor merupakan salah satu sukan udara yang telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Pengendalian yang mudah dan selamat telah menjadikan Paramotor menjadi begitu popular dikalangan peminat sukan ekstrem.
​
Penggiat Paramotor di Malaysia kini rata-rata bernaung di bawah Persatuan Paramotor Malaysia (PPM). PPM merupakan persatuan peringkat kebangsaan yang dianggotai olah kelab-kelab dan persatuan-persatuan Paramotor yang aktif di Malaysia.
​
PPM Paramotor Flyin 2019, bakal menjadi acara tahunan PPM yang julung kali dianjurkan di negeri Terengganu. PPM kini mempunyai keahlian dari seluruh negara akan menjadikan Paramotor Flyin satu acara yang sangat meriah. Namun begitu atas batasan kewangan yang agak terhad maka seramai 29 peserta akan terlibat di dalam Paramotor Flyin kali ini. Kami akan mewarnakan ruang udara Negeri Terengganu dengan hamparan canopi yang perbagai warna.
​
Berbeza dengan Asia Oceania Paramotor Championship 2015 (AOPC2105), yang pernah dianjurkan di Negeri Terengganu, Paramotor Flyin adalah bertujuan untuk menghimpunkan para Juruterbang Paramotor dari seluruh Malaysia untuk melakukan satu expidisi penerbangan Paramotor yang merangkumi pengembaraan sejauh hampir 200km.
Penerbangan akan bermula di Kuala Dungun dan akan mendarat di Kuala Terengganu. Para juruterbang akan menjadikan Jambatan Angkat sebagai sasaran utama pada ekspidisi kali ini. Kami tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama meraikan Icon terbaru Negeri Terengganu itu. Dengan rekabentuk yang sangat menarik pastinya akan menjadi kebanggaan para juruterbang untuk mengambil gambar dan berswa-foto dari udara dengan berlatarbelakangkan Jambatan Angkat tersebut. Kami berharap agar dapat bersama-sama dengan Tourism Terengganu untuk mempromosikan Jambatan Angkat Negeri Terengganu yang bakal mendapat namanya tidak lama lagi.
​
Pengembaraan Paramotor Flyin 2019 ini akan bermula dengan ketibaan para jurutebang di Kuala Dungun pada hari Jumaat 2hb Ogos 2019. Penerbangan pertama akan dilakukan pada 3hb Ogos 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Padang Bola Majlis Perbandaran Dungun. Penerbangan sejauh 80km ke Kuala Terengganu akan melalui beberapa tempat yang menarik seperti Rantau Abang dan Marang. Para Juruterbang akan terbang sepanjang pantai Negeri Terengganu yang putih bersih dengan diiringi tiupan bayu Laut China Selatan.
​
Di Kuala Terengganu pada jam 4.00 petang, Para juterbang akan terbang dari Kuala Terengganu menuju ke Marang dan akan membuat pusingan di Pulau Kapas. Penerbangan merentasi lautan pastinya akan menjadi satu cabaran yang sangat menarik dan akan diingati oleh para juruterbang. Seterusnya kami akan kembali semula ke Kuala Terengganu.
Keesokan harinya 4hb Ogos 2019 jam 8.00 pagi, kami akan berlepas dari Kuala Terengganu dan terbang menyusuri Sungai Terengganu sehingga ke Kuala Telemong dan kembali ke Kuala Terengganu melalui Bukit Payung dan Kampong Gong Pauh. Di Sungai Terengganu pastinya Masjid Kristal akan menjadi tumpuan para Juruterbang.
​
Kami juga akan membuka kepada beberapa pengunjung bertuah untuk terbang bersama-sama kami pada pagi tersebut untuk berswa-foto di udara dengan berlatarbelakangkan Jambatan Angkat. Namun begitu ia adalah bergantung kepada kesesuaian keadaan angin pada waktu tersebut.
​
Pengembaraan akan berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua peserta yang terlibat pada jam 12.00 tengahari.
​
Harapan kami agar Terengganu PPM Paramotor Flyin 2019 ini akan berjalan dengan jayanya dan mencapai objektifnya mengujudkan Budaya Penerbangan di kalangan rakyat Malaysia. Kami ingin mengzahirkan ucapan terima kasih kepada Tourism Terengganu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang memberikan kerjasama bagi menjayakan pengembaraan ini.
​
Terima kasih dan penghargaan juga kepada Penaja utama PPM Paramotor Flyin 2019, Capt Soon Hoe Chuan. Beliau juga merupakan Juruterbang Paramotor dan Peserta flyin kali ini.
​
Sekian. Terima kasih
Yang benar
Rohaizi Md Hussin
Pengarah Acara
Timbalan Presiden PPM