REUNION JUBLI EMAS PIONEER SMKM
01/02/2020

SLIDE SHOW REUNION 2018
MONTAJ REUNION 2020
Semenyih
19 Oktober 2019
11:54pm
​
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
​
Atas kekangan tugas dan kesuntukan masa hampir sebulan saya tidak memberikan sebarang ulasan di laman sesawang ini. Namun begitu dalam tempoh ini, seluruh Ahli Jawatankuasa Penyelaras Grand Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM 2020 (GRP) telah menjalankan tugasan mereka dengan penuh dedikasi dan amanah. Sehingga ke hari ini, seramai 95 orang peserta telah pun membuat bayaran untuk menghadiri GRP itu nanti. Tahniah kepada yang telah melunaskan bayaran mereka. Kepada yang belum lagi membuat pembayaran, kami berharap agar tuan/puan dapat melakukannya segera. Namun begitu tarikh tutup pembayaran masih kekal pada 31hb Disember 2019.
​
Untuk rekod, pada 5hb Oktober yang lalu, saya telah pun membuat bayaran deposit kepada pihak Concorde Hotel bagi mengesahkan tempahan kita. Maka dengan itu GRP akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
​
Bagi memeriahkan acara majlis, kita telah menerima tajaan bagi Pengacara Majlis dan beberapa orang artis ke Majlis tersebut. Artis yang dimaksudkan adalah anak Kg Medan, Musli Amir atau Musli Ramli dan Zambree. Insyaallah dengan kehadiran mereka berdua akan memeriahkan lagi majlis kita, Insyaallah.
​
Pihak jawatankuasa penganjur mengalu-alukan sebarang cadangan bagi mengisi acara GRP pada kali ini. Beberapa acara yang telah dicadangkan seperti Dikir Barat, Dekliminasi Puisi dan sebagainya akan dipertimbangkan didalam perbincangan yang akan datang.
​
Seperti yang saya nyatakan diakhir mesyuarat AJK pada 22hb September yang lalu, mesyuarat tersebut adalah mesyuarat AJK terakhir yang akan diadakan sebelum GRP. Selepas pada itu, kita akan hanya mengadakan sessi perbincangan bagi menyelaras acara dan memastikan kelancaran pengurusan GRP.
Kepada semua peserta yang telahpun mendaftar dan akan mendaftar, marilah kita sama-sama berdoa agar ALLAH S.W.T mengurniakan keredhaannya agar GRP akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga segala kerjasama yang terjalin akan mengeratkan persahabatan dan ukhwah diantara kita. Insyaallah.
​
Sekian. Terima kasih
​
Rohaizi Md Hussin
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras GRP
Semenyih
22hb September 2019
11:52pm
​
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Grand Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM 2020 telah diadakan pada hari ini bermula jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Maizie Contrade (M) Sdn Bhd PJCC. 3 perkara pokok telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut dan keputusan yang diambil adalah seperti berikut:
​
1. Venue Majlis Grand Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM 2020
Tarikh : 01/02/2019
Masa : 8.00 mlm - 11.00 mlm
Tempat : Concorde Hotel, Shah Alam
Selangor
Peserta : Maximum 140 orang
​
2. Bayaran Yuran Penyertaan
Semua yuran penyertaan sebanyak RM100/pax
boleh mula dibayar terus ke akaun yang telah
ditetapkan seperti berikut:
Bank : Affin Bank Berhad
Nama : Rohaizi Bin Md Hussin
No Akaun : 106710001921
​
Slip bayaran hendaklah dihantar kepada Pn Mima untuk dikemaskinikan. Peserta hendaklah
membuat semakan bayaran digroup whatsapp pada hari berikutnya untuk pengesahan
penerimaan bayaran.
​
Kesemua peserta diharapkan agar dapat membuat pembayaran dengan kadar segera
kerana pihak jawatankuasa perlu membayar sejumlah wang tempahan kepada pihak hotel.
Kerjasama dari semua peserta adalah amat diharapkan.
​
3. Agenda Majlis
​
Beberapa acara telah ditetapkan bagi pengisian Grand Reunion kali ini. Antaranya adalah
cabutan nomber bertuah, deklamasi sajak, Tribute, Persembahan Live Music dan sebagainya
bagi memeriahkan Acara Grand Reunion tersebut.
​
Pihak jawatankuasa menjemput kepada peserta untuk memberikan cadangan pengisian
Majlis atau turut sama menyertai persembahan pada acara tersebut.
​
Sekian. Terima kasih
​
Editor

Petaling Jaya
18hb September 2019
11:34pm
​
136 hari lagi untuk kita berjumpa di Grand Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM 2020. Perjumpaan yang bakal memberikan erti yang sangat mendalam dalam cerita perjalanan kehidupan kita.
​
Bahang kehangatan acara ini semakin hari semakin terasa. Perbagai persoalan bermain diminda. Dimanakah acara ini nanti? Apa pengisiannya nanti? Siapa yang akan menangis atau siapa yang akan ketawa? Semua persoalan in bakal terjawab sedikit waktu lagi satu per satu. Paling hangat baru-baru ini adalah dimana acara akan dijalankan?
​
Pihak jawatankuasa penyelaras amat berbesar hati dengan penglibatan pelbagai pihak yang memberikan cadangan dan pandangan berhubung perkara ini. Inilah yang kami perlukan agar mudah untuk kami mengambil keputusan nanti. Pastinya kami tidak bakal mampu memenuhi setiap kehendak tetapi yakinlah, kami akan berusaha membuat yang terbaik untuk GRP kali ini.
​
Kami berharap agar anda dapat memberikan kerjasama sekali lagi dengan membuat pembayaran awal melalui saluran yang telah ditetapkan. Walaubagaimana sekali pun bagi memudahkan urusan, anda boleh berbincang dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa bagi pengurusan yang bersesuaian dengan anda.
​
Mesyuarat pengurusan seterusnya akan diadakan pada 22/9/2019. Sekiranya ada sebarang pandangan atau cadangan bolehlah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa untuk dibincangkan nanti, Insyaallah
​
Editor.
Petaling Jaya
12hb September 2019
9:33pm
​
Pihak Jawatankuasa Penyelaras Reunion Jubli Emas SMKM amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Seluruh jentera bergerak lancar bagi menjayakan Reunion pada kali ini. Penglibatan ahli-ahli kumpulan Whatsapp Pioneer SMKTDH yang terus turut sama membantu mempromosikan reunion telah membuahkan hasil apabila lebih 80 peserta telah mengesahkan kehadiran mereka.
​
Merancakkan lagi pengurusan Reunion pada kali ini, AJK penyelaras telah menerima banyak cadangan bagi pengisian Reunion yang akan datang ini. Menurut Puan Salwa, beliau menerima banyak cadangan yang amat menarik. Tidak kurang juga cadangan bagi pemilihan untuk tempat Majlis yang akan diadakan nanti. Kesemua cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras yang akan datang pada 22hb September 2019.
​
Kami berharap agar semua pihak akan terus komited dan berada dalam mood yang tinggi sehingga berlangsungnya Reunion Jubli Emas SMKM yang akan datang ini.
​
"Once in 50 Years" pastinya bakal menjadi kenangan terindah kepada semua pelajar SMKM '83 yang semuanya nanti akan menyambut hari lahir mereka yang ke 50 pada tahun hadapan.
Stay tune. Cheers.
Editor.
Petaling Jaya
11hb September 2019
09:28am
​
Kemeriahan majlis pertemuan di Reunion Jubli Emas SMKM semakin membara. Setakat berita ini ditulis seramai 68 orang telah menyatakan kesudian untuk turut sama menyertai dan memeriahkan Reunion Jubli Emas kali ini. Dengan Tag line "Once in 50 Years" pihak penganjur yakin sasaran 100 orang peserta pasti akan dapat dicapai.
​
Bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap peserta bukanlah penghalang kepada Reunion kali ini kerana pelbagai acara dan pengisian yang menarik menanti para peserta.
​
Kehadiran seramai 10 orang guru-guru yang pernah mengajar di SMKM, pastinya bakal mengamatkan lagi Reunion ini. Terlalu banyak yang hendak dikisahkan bagi mengimbau kenangan di SMKM. Guru-guru inilah yang berjasa menjadi pembentuk generasi kita pada hari ini.
​
Kepada saya sendiri, keinginan untuk berjumpa dengan Cikgu Chua memang tidak dapat di sorok lagi. Cikgu Chua mengenalkan kepada saya permainan Bola Tampar sehingga saya berjaya ke peringkat yang membanggakan walaupun saya telah berada di Kajang High School.
​
Jom kita jumpa nanti di Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM 2020.
​
Jumpa disana. Cheers
​
Editor
Saujana Utama
10hb September 2019
​
Adalah dimaklumkan, beberapa ketetapan telah diambil bagi menyelaras pengurusan Reunion yang paling istimewa akan datang ini. Ketetapannya adalah seperti berikut:
​
1. Bayaran Bekas Pelajar : RM100/pax
2. Bayaran Pasangan Pelajar : RM100/pax
3. Tempat Majlis : Akan diberitahu
4. Tema Pakaian : English Style (Lelaki - Baju Coat, Perempuan Dress)
Ada hadiah untuk Best Dress
​
Setakat ini seramai 42 orang telah mengesahkan kehadiran mereka. Insyaallah sasaran 100 penyertaan akan dapat kita capai dengan kerjasama semua pihak.
​
Sekian. Editor

Dari Kiri : Rohaizi, Azmi, Suhaimi, Masri, Amran, Salwa, Junaidah, Lili, Mahanom dan Anizah
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penyelaras
Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM 2020
Satu mesyuarat penyelarasan Reunion Jubli Emas Pioneer SMKM telah diadakan pada 8hb September 2019. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Sdr Rohaizi Md Hussin telah dihadiri oleh seramai 10 orang bekas pelajar pertama Sek Men Kampong Maha (SMKM).
​
Pada mesyuarat tersebut beberapa perkara telah diputuskan bagi mencapai visi bagi untuk menganjurkan Reunion yang
amat Istimewa ini. Jubli Emas yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada usia sekolah, tetapi usia anggota kumpulan pertama di Sekolah tersebut. Kita juga akan menggunakan nama asal sekolah iaitu Sekolah Menengah Kampong Maha.
​
Mesyuarat telah memutuskan, majlis reunion yang dianjurkan akan diadakan pada 1hb Februari 2020 di sebuah hotel yang akan ditetapkan kemudian. Mesyurat juga telah menerima beberapa penaja bagi memeriahkan lagi Reunion pada kali ini. Antaranya adalah Penginapan 3 hari 2 malam di Pulau Kapas, Buku-buku pelbagai tajuk dan tiket penerbangan Powered Parachute.
​
Pihak jawatankuasa berharap agar semua pihak dapat membantu mewar-warkan reunion ini bagi mencapai sasaran 100 penyertaan pada reunion kali ini.
​
Jawatankuasa juga telah bersetuju untuk mengenakan bayaran penyertaan sebanyak RM100.00 bagi setiap peserta termasuk pasangan. Semua bayaran penuh boleh dibuat bermula pada 1hb Oktober 2019 sehingga 31hb Disember 2019.
​
Sebarang maklumat terkini seperti no akaun, jumlah penyertaan, senarai peserta dan sebagainya boleh didapati dilaman ini dari masa ke semasa.
​
Editor
10 Sept 2019